07 March 2014

Darjah Kebesaran Negeri Perak



KUASA-KUASA MENGURNIAKAN PENGANUGERAHAN

Di dalam undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, bahagian kedua bab X(a) Tercatit kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan mempunyai milik pancuran kemuliaan(FOUNTAIN OF HONOURS) budibicara (prerogatives) yang mutlak.

Bab XXV Undang-undang tubuh kerajaan Perak Darul Ridzuan bahagian kedua seterusnya menerangkan:

 "Maka Raja Pemerintah itu ialah pancuran semua kemuliaan-kemulian dan darjat-darjat  dalam negeri ini dan Bagindalah seorang sahaja yang boleh mengurniakan gelaran-gelaran dan darjat-darjat dan mengadakan pangkat-pangkat dan pingat-pingat kemuliaan dan darjat, samada gelaran-gelaran,darjat-darjat,pangkat-pangkat atau pingat-pingat itu telah sedia ada atau tidak terlebih dahulu di kurniakan atau diadakan.

Tetapi hendaklah di isyaratkan sebelum mana-mana gelaran, darjat,pangkat atau pingat baharu dilembagakan atau apa-apa lantikan kepada gelaran atau darjat yang sedemikian itu  diperbuat, patutlah diminta nasihat Dewan Negara itu dan jikalau sekiranya perlembagaan bagi mana-mana gelaran, darjat, pangkat atau pingat mengenai perbelanjaan daripada hasil negeri, maka hendaklah perbelanjaan yang sedemikian itu di persetujui oleh Dewan Perhimpunan Undangan.

The Most Esteemed Royal Family Order (Darjah Kerabat di-Raja Yang Amat di-Hormati):founded by SULTAN Sir YUSUF IZZ UD-DIN RATHIU'LLAH SHAH GHAFARU'LLAHULAHU (1948–1963) on 12th December 1957. Awarded in one class only (DK), conferred on members of the Perak and foreign Royal houses.

The Most Esteemed Perak Family Order of Sultan Azlan Shah (Darjah Kerabat Sri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat di-Hormati): founded by SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM
SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH (1984-present
)
in 2000. Conferred on members of the Perak and foreign Royal Houses and for distinguished services to the Sultan. Awarded in a superior class (Darjah Kerabat Sultan Azlan-DKSA - restricted to Royalty), and an ordinary class (Datuk Sri Paduka Sultan Azlan-SPSA)

The Most Illustrious Order of the Perak Sword of State "Cura Si Manja Kini" (Darjah Kebesaran Negeri Perak Yang Amat Mulia Cura Si Manja Kini): founded by SULTAN IDRIS II AL-MUTAWAKIL ALLAHAHI SHAH AFIFU’LLAH (1963-1984) on 15th September 1969. Awarded in three classes (1. Grand Knight or Datuk Sri -SPCM, 2. Knight or Datuk -DPCM, and 3. Commander or Paduka-PCM). A fourth class (4. Member or Ahli-ACM) was instituted on 19th April 1989.

The Most Valliant Order of the Perak State Kris "Taming Sari" (Darjah Kebesaran Taming Sari Negeri Perak Yang Amat Perkasa): founded by SULTAN IDRIS II AL-MUTAWAKIL ALLAHAHI SHAH AFIFU’LLAH (1963-1984) in 1977. Awarded to military and police personnel in six classes (1. Datuk Sri Panglima-SPTS, 2. Datuk Pahlawan-DPTS, 3. Pirwira (Paduka)-PTS, 4. Hulubalang-HTS, 5. Kshatriya-KTS, and 6. Perajurit (Ahli)-ATS

The Most Illustrious Order of the Perak State Crown (Darjah Kebesaran Mahkota Negeri Perak Yang Amat Mulia): founded by SULTAN Sir YUSUF IZZ UD-DIN RATHIU'LLAH SHAH GHAFARU'LLAHULAHU (1948–1963)  on 12th December 1957. Awarded in four classes (1. Knight Grand Commander or Datuk Sri Paduka-SPMP, 2. Knight Commander or Datuk Paduka-DPMP, 3. Commander or Paduka-PMP, and 4. Member or Ahli-AMP).

The Conspicuous Gallantry Medal (Pingat Keberanian Handal): instituted by SULTAN Sir YUSUF IZZ UD-DIN RATHIU'LLAH SHAH GHAFARU'LLAHULAHU (1948–1963) on 15th January 1951 as a reward for conspicuous gallantry and heroism. Awarded in a single class, originally a silver medal similar to the design of the PPT but now a four-pointed enamelled star (PKH). Bars may be awarded to signify subsequent acts of gallantry.
 The Distinguished Conduct Medal (Pingat Pekerti Terpilih): instituted by SULTAN Sir YUSUF IZZ UD-DIN RATHIU'LLAH SHAH GHAFARU'LLAHULAHU (1948–1963) on 15th January 1951 to reward conspicuous bravery. Awarded in a single class, bronze medal (PPT). Bars may be awarded to signify subsequent acts of bravery.

The Meritorious Service Medal (Pingat Jasa Kebaktian): instituted by SULTAN Sir YUSUF IZZ UD-DIN RATHIU'LLAH SHAH GHAFARU'LLAHULAHU (1948–1963) on 15th January 1951 to reward meritorious public service in state employ. Awarded in a single class, bronze medal (PJK).

The Long Service Medal (Pingat Lama Perkhidmatan): instituted by SULTAN IDRIS II AL-MUTAWAKIL ALLAHAHI SHAH AFIFU’LLAH (1963-1984) on 15th September 1969 to reward long service in state employ of at least twenty-five years continuous duration. Awarded in a single class, bronze medal (PLP).


Darjah Kebesaran Negeri Perak, setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan akan dikurniakan kepada rakyat Malaysia yang berjasa kepada Negeri Perak khasnya dan Negara Malaysia amnya dengan Darjah-darjah Kebesaran Negeri Perak. Tujuan kurniaan ini adalah seperti berikut:
  • Untuk menghargai perkhidmatan cemerlang mereka, sama ada pegawai-pegawai kerajaan atau orang-orang awam.
  • Untuk menghargai perkhidmatan gagah berani oleh ahli-ahli pasukan bersenjata atau orang-orang awam.
  • Untuk mengurniakan Pingat-pingat bagi khidmat berbakti dan khidmat perkasa untuk ahli-ahli pasukan bersenjata, polis dan pasukan-pasukan sukarela.
DARJAH-DARJAH KEBESARAN DAN PINGAT-PINGAT
Darjah-darjah Kebesaran yang akan dikurniakan kepada orang-orang yang tersebut di atas kerana perkhidmatan cemerlang kepada Negeri Perak khasnya, dan Malaysia amnya, adalah seperti berikut:-

DARJAH KERABAT YANG AMAT DIHORMATI ( D.K. )
Kurniaan dikhas kepada Raja Pemerintah, Raja Permaisuri dan Bakal Sultan Negeri Perak.

DARJAH KERABAT SERI PADUKA SULAN AZLAN SHAH PERAK YANG DIHORMATI ( D.K.S.A. )
Kurniaan dikhas kepada ahli-ahli keluarga Diraja.

DARJAH KEBESARAN SERI PADUKA SULTAN AZLAN SHAH PERAK YANG AMAT DIMULIA (S.P.S.A.)
Darjah kebesaran yang bergelar "Dato' Seri DiRaja" dikurniakan sebagai suatu penghormatan yang amat istimewa, mempunyai kedudukan yang amat berpengaruh dan bertanggungjawab.

DARJAH YANG AMAT MULIA PADUKA CURA SI MANJA KINI:
Ini ialah Darjah Kebesaran yang utama bagi kebaktian dan bertujuan bagi menghargai perkhidmatan-perkhidmatan cemerlang kepada Negeri Perak khasnya dan Malaysia amnya. Darjah ini mempunyai empat peringkat. Nama tiap-tiap peringkat dan jumlah had ramainya ahli-ahli bagi satu-satu peringkat adalah seperti berikut:-

DARJAH SERI PADUKA CURA SI MANJA KINI ( S.P.C.M. )
Darjah kebesaran yang bergelar "Dato' Seri" Peringkat Pertama dikurniakan sebagai suatu kehormatan yang istimewa menandakan rekod kejayaan besar yang telah dicapai dan kepada mereka yang telah menyumbangkan perkhidmatan yang cemerlang kepada negeri ini. Penganugerahan Peringkat Pertama ini adalah terhad kepada 30 penerima sahaja.

Kolar bagi Pangkat Pertama Darjah ini ialah Lambang Negeri yang bersambung dengan Lambang Senjata di-Raja Bintangnya mempunyai lapan penjuru yang disalut perak dengan bayangan, bergaris pada pusat 8.9 sentimeter, di tengah-tengahnya timbul dengan lambang senjata di Raja dan cogankata Darjah "KEPADA ALLAH BERSERAH". Selepang yang dipakai bersama dengan Darjah ini ialah berwarna putih, hijau tua dan kuning dengan jejalur yang seimbang dengan kelebarannya dan berbeza mengikut Pangkat Darjah ini.
DARJAH DATO' PADUKA CURA SI MANJA KINI ( D.P.C.M. )
Peringkat Kedua Darjah Kebesaran Cura Si Manja Kini dikurniakan kepada pegawai-pegawai kerajaan dalam kumpulan pengurusan dan profesional dan telah mencapai sekurang-kurangnya Gred 54.

Darjah Pangkat Kedua ini tiada mempunyai kolar tetapi bintang adalah sama dengan Pangkat Pertama kecuali garisan pusatnya ialah 7.6 sentimeter. Lencana Darjah ini juga sama dengan Bintang Darjah kecuali saiznya adalah terlebih kecil dari lencana pangkat yang lebih tinggi. Penganugerahan peringkat kedua ini adalah terhad kepada 70 orang sahaja dan penerimanya menikmati dengan panggilan Dato'.
DARJAH PADUKA CURA SI MANJA KINI ( P.C.M. )
Dikurniakan kepada pegawai-pegawai kerajaan dalam kumpulan pengurusan dan profesional yang menyandang pangkat tidak rendah dari Gred 2 atau setaraf dengannya; dan kepada anggota-anggota pasukan tentera dan polis yang berpangkat Kolonel (Tentera Darat), Kapten (tentera Laut, Kolonel Udara (Tentera Udara), Penolong Pesuruhjaya (Pasukan Polis) dan ke atas.

Kurniaan Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M.) diberi kepada mereka yang berkelayakan lebih mutunya daripada Darjah Paduka Mahkota Perak. Penerima penganugerahan ketiga ini terhad kepada 100 orang sahaja.
DARJAH AHLI CURA SI MANJA KINI ( A.C.M. )
Peringkat Ke-4 Darjah Kebesaran Cura Si Manja Kini dan dikurniakan kepada mereka yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada negeri dan kepada pegawai-pegawai kerajaan sekurang-kurangnya dalam kumpulan pengurusan dan profesional Gred 41.

Dikurniakan kepada anggota-anggota pasukan tentera dan polis yang berpangkat Leftenan Kolonel (Tentera Darat), Komander (tentera Laut), Leftenan Kolonel Udara (tentera Udara), Penguasa (Pasukan Polis) dan ke atas.

Darjah Paduka Cura Si Manja Kini adalah terkanan daripada Darjah bagi kelas yang sama daripada Darjah Paduka Mahkota Perak dan walaupun kelayakan bagi Darjah Cura Si Manja Kini sama dengan kelayakan Paduka Mahkota Perak, kurniaan kepada Darjah Paduka Curi Si Manja Kini hendaklah berdasarkan pada kelayakan yang lebih bermutu daripada kelayakan Darjah Paduka Mahkota Perak.
DARJAH YANG AMAT PERKASA TAMING SARI
Darjah Yang Amat Perkasa Taming Sari diwujudkan dalam enam tingkatan pangkat dan bertujuan untuk dikhaskan kepada anggota-anggota Pasukan Bersenjata dan Polis yang berkhidmat mempertahankan keselamatan negara. Dengan adanya Darjah Kebesaran ini, maka semua anggota Pasukan Bersenjata dan Polis tidak lagi didtimbangkan bagi kurniaan Darjah-darjah Kebesaran yang sedia ada iaitu Cura Si Manja Kini dan Darjah Mahkota Perak.

Darjah Kebesaran Taming Sari Negeri Perak Yang Amat Perkasa dibahagikan kepada enam peringkat Darjah:-

DARJAH DATO' SERI PANGLIMA TAMING SARI ( S.P.T.S. )
Dikurniakan kepada anggota-anggota pasukan tentera yang berpangkat Leftenan Jeneral ke atas dan kepada anggota-anggota pasukan polis yang berpangkat Timbalan Ketua Polis Negara ke atas. Terhad kepada 10 penerima sahaja dengan panggilan Dato' Seri Panglima.
DARJAH DATO' PAHLAWAN TAMING SARI ( D.P.T.S. )
Penerima darjah ini terhad kepada 30 sahaja dan menikmati dengan panggilan Dato' Pahlawan. Dikurniakan kepada anggota-anggota pasukan tentera yang berpangkat Brigedier Jeneral hingga Mejar Jeneral dan kepada anggota-anggota pasukan polis yang berpangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya hingga Timbalan Pesuruhjaya.
PERWIRA TAMING SARI ( P.T.S. )
Terhad kepada 75 penerima dan dikurniakan kepada Pegawai Tentera berpangkat Mejar hingga Kolonel dan Pasukan Polis yang berpangkat Timbalan Penguasa Polis hingga Penolong Pesuruhjaya Polis.
HULUBALANG TAMING SARI ( H.T.S. )
Terhad kepada 100 penerima dan dikurniakan kepada Pegawai Tentera berpangkat Leftenan Muda hingga Kapten dan Pasukan Polis yang berpangkat Inspektor hingga Penolong Penguasa Polis.

KESATRIA TAMING SARI ( K.T.S. )
Bilangan penerima tidak terhad dan dikurniakan kepada Pegawai Tentera yang berpangkat Sarjan hingga Pegawai Waran dan Pasukan Polis dari Sarjan hingga Sub-Inspektor.

PERAJURIT TAMING SARI ( A.T.S )
Bilangan penerima tidak terhad dan dikurniakan kepada yang berpangkat Prebet hingga Kopral di dalam kedua-dua Tentera dan Polis.

KOLAR Darjah ini ialah sumbangan Keris Darjah, Daun Lambang Darjah dan Bintang Kebesaran di-Raja. Bintang Pangkat Pertama dan Pangkat Kedua Darjah ini adalah sama dari segi rupa kecuali saiznya sahaja yang berbeza. Bintangnya ialah bintang lapan penjuru disalut perak dengan bayangan, bergaris 8.9 sm (7.6 sm bagi Bintang Pangkat Kedua Darjah) dengan dikelilingi garisan merah yang mana di tengahnya berwarna putih, timbul dengan Keris Taming Sari dan sarungnya. Lambangnya bertulis dalam tulisan jawi 'KEPADA ALLAH DAN NEGARA". Pada sebelah atas hulu yang timbul ialah Pedang Cura Si Manja Kini disalut dengan Bintang Kebesaran di-Raja.

Lencana Darjah ini ialah ukiran sejambak daun dibuat daripada perak, di tengah-tengahnya ialah merah di mana diselitkan Keris Taming Sari dan sarungnya. Di bahagian atasnya ialah ukiran reben putih yang dibuat daripada perak dan diukir cogankata Darjah. Lencana ini digantung di leher dengan KOLAR Darjah lebarnya 5 sm.

SELEPANG yang dipakai berwarna putih, kuning, merah dan hijau. Kelebaran bagi Selepang Pangkat Pertama ialah 9.5 sm dan 8.9 sm bagi Pangkat Kedua, dengan jejalur warna yang seimbang.

DARJAH YANG AMAT MULIA PADUKA MAHKOTA PERAK
Darjah ini mempunyai empat peringkat:-

DARJAH SERI PADUKA MAHKOTA PERAK ( S.P.M.P. )
Dikurniakan kepada anggota-anggota pasukan tentera yang berpangkat Leftenan Jeneral ke atas dan kepada anggota-anggota pasukan polis yang berpangkat Timbalan Ketua Polis Negara ke atas. Terhad kepada 10 penerima sahaja dengan panggilan Dato' Seri Panglima.
DARJAH DATO' PADUKA MAHKOTA PERAK ( D.P.M.P. )
Peringkat Kedua Darjah Kebesaran Mahkota Perak. Syarat-syarat penerimaannya sama dengan kelayakan D.P.C.M. Penerima darjah ini terhad kepada 100 ahli, adalah dimaksudkan bagi mereka yang mempunyai kedudukan tinggi yang terkenal kepada perkhidmatan cemerlangnya kepada Negeri ini dalam apa-apa jua lapangan kehidupan. Untuk melayakkan mendapat kurniaan ini maka lazimnya mereka mestilah mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang-bidang kegiatan tertentu dengan menggunakannya bagi kebaikan Negeri. Untuk melayakkan mendapat pertimbangan maka kakitangan-kakitangan awam lazimnya mestilah di dalam Bahagian I dalam Perkhidmatan Awam dan telah mencapai sekurang-kurangnya pangkat Tingkatan Tertinggi 'F'.
DARJAH PADUKA MAHKOTA PERAK ( P.M.P. )
Darjah ini terhad kepada 175 ahli, adalah dimaksudkan sebagai kurniaan kepada mereka yang telah banyak memberikan jasa kepada Negeri ini, yang mana walaupun tidak sebegitu tinggi mutunya, sebagai dikehendaki bagi Peringkat Kedua, tetapi boleh dianggap sebagai luar biasa, dengan erti kata telah menjalankan tugas yang amat sukar dengan jayanya ataupun pekerjaan yang berat telah dilakukan semenjak beberapa lama dengan cemerlangnya. Berkenaan dengan kakitangan kerajaan, maka kurniaan-kurniaan itu boleh diberikan kepada pegawai Bahagian I yang menyandang pangkat tidak kurang dari Tingkatan Tertinggi 'G'.
DARJAH AHLI MAHKOTA PERAK ( A.M.P. )
Peringkat Ke-4 Darjah Kebesaran Mahkota Perak dikurniakan kepada pegawai-pegawai kerajaan sekurang-kurangnya dalam kumpulan pengurusan dan profesional Gred 41 yang berkebolehan istimewa dan kepada mereka yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada negeri.

Dikurniakan kepada anggota-anggota pasukan tentera dan polis yang berpangkat Kapten dan Mejar (Tentera Darat), Leftenan dan Leftenan Komander (Tentera Laut), Kapten Udara dan Mejar Udara Udara (Tentera Udara), Penolong Penguasa dan Timbalan Penguasa (Pasukan Polis). Darjah ini terhad kepada 450 penerima sahaja.

Bagi Darjah Kebesaran Negeri Perak Yang Amat Mulia Mahkota Perak, KOLAR Darjah ini adalah sama dengan KOLAR Darjah Kebesaran Negeri Perak Yang Amat Mulia Cura Si Manja Kini kecuali tulisan jawinya ialah dengan huruf "YUSOF" sementara, BINTANGnya hanya bergaris pusat 7.6 sm dan cogankatanya ialah "TAUFIK KEPADA ALLAH".

SELEPANG yang dipakai bersama dengan Darjah ini pula berwarna putih, kuning dan hitam dengan jejalur yang seimbang dengan kelebarannya dan berbeza mengikut Pangkat Darjah.
PINGAT KEBERANIAN HANDAL / PEKERTI TERPILIH / JASA KEBAKTIAN /LAMA PERKHIDMATAN ( P.K.H., P.P.P., P.J.K., P.L.P. )
Peraturan-peraturan berkenaan dengan kurniaan Pingat-pingat ini adalah seperti berikut:-

PINGAT KEBERANIAN HANDAL ( P.K.H )
Tidak terhad. Pingat ini boleh dikurniakan kepada barang siapa jua yang telah melakukan, dalam Negeri Perak, sesuatu keberanian yang tersangat handal dan keberanian itu dilakukan dalam keadaan yang mendatangkan bahaya yang besar kepada dirinya.
PINGAT PEKERTI TERPILIH ( P.P.T. )
Tidak terhad. Pingat ini boleh dikurniakan kepada barang siapa jua yang telah melakukan, dalam Negeri Perak, satu perbuatan atau perbuatan-perbuatan yang bersifat cemerlang dan berani.
PINGAT JASA KEBAKTIAN ( P.J.K. )
Tidak terhad. Pingat ini boleh dikurniakan kepada barang siapa jua yang telah berbuat jasa yang cemerlang kepada Negeri selain daripada keberanian handal iaitu perkhidmatan yang berupa daya utama dan setia dalam menjalankan kewajipan, termasuk perkhidmatan yang lama dengan menunjukkan kebolehan yang luar biasa, jasa kebaktian dan kelakuan yang memberi contoh teladan.
PINGAT LAMA PERKHIDMATAN ( P.L.P. )
Tidak terhad. Pingat ini boleh dikurniakan kepada barang siapa jua yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang dengan lama dan taat setia kepada Negeri Perak tidak kurang daripada 25 tahun. Perkhidmatan itu telah dibuktikan dengan daya usaha dan kesetiaan dalam menjalankan tanggunggjawabnya yang menunjukkan kebolehan yang luar biasa dan boleh menjadi teladan.
PENGURNIAAN KEPADA BUKAN WARGANEGARA
Darjah-darjah Kebesaran yang dikurniakan kepada bukan Warganegara Malaysia akan dikurniakan dengan secara kehormat sahaja.

1 comment: