Submitted by webmaster on Wed, 2010-12-22 11:16
News Date: 2010-12-22
Nov 23, 2010
News Date: 2010-12-22
Nov 23, 2010
Datuk Ir. Ong Tee Keat [ Pandan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sebabnya setakat kini hasil padi dari sesuatu kawasan, umpamanya Chui Chak dan Sekinchan, masih tidak boleh dipasarkan di luar sempadan negeri yang berkenaan. Tidakkah amalan itu mengehadkan pemasaran hasil padi kaum petani yang berkenaan dan justeru menjejaskan rezeki mereka. (3. PR-1233-L40811)
Datuk Ir. Ong Tee Keat [ Pandan ] to ask the MINISTER OF AGRICULTURE AND AGRO-BASED INDUSTRY to state the reason paddy produce from certain areas, such as Chui Chak and Sekinchan, still cannot be sold outside of the state boundary. This practice limits the marketing of paddy produce and thus affects their livelihood.)
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Datuk Seri Noh bin Haji Omar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pemindahan padi antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah dikawal oleh kerajaan menerusi penguatkuasaan di bawah Peraturan 2 Peraturan-peraturan Kawalan Padi dan Beras Sekatan Pemindahan Antara Negeri 1997 (PUA 31) di mana dalam peraturan tersebut, tidak ada seorang pun boleh memindahkan apa-apa padi atau beras dari satu negeri ke satu negeri yang lain dalam Malaysia Barat melainkan dengan kebenaran secara bertulis dahulu daripada ketua pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa.
Pemindahan padi antara negeri tidak dibenarkan atas sebab-sebab seperti berikut;
(i) boleh menjejaskan bekalan padi kepada kilang-kilang tempatan;
(ii) harga padi akan meningkat secara tidak terkawal disebabkan persaingan permintaan daripada pengilang luar; dan
(iii) kilang-kilang kecil sederhana akan berkubur kerana tidak mampu bersaing dengan kilang-kilang yang besar.
Walau bagaimanapun, kebenaran pemindahan padi boleh diberikan dalam keadaankeadaan di antaranya untuk mengelakkan berlakunya lambakan padi yang akan menyebabkan kemerosotan mutu padi apabila kapasiti sempadan padi kilang tidak mencukupi. Sehingga 30 Jun 2010, sebanyak 7,325 permit pindah padi antara negeri telah dikeluarkan oleh pihak kementerian. Terima kasih.
Dato’ Sri Ong Tee Keat [Pandan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bangkitkan satu soalan tambahan. Apakah kementerian tidak bercadang untuk meminda Akta Sekatan yang dimaksudkan memandangkan bahawa ianya tidak lagi relevan.
Kiranya kita meninjau dengan teliti keadaan pasaran semasa khasnya pasaran bebas yang telah pun menjadi satu kelaziman antarabangsa. Lagi pun Yang Berhormat Menteri tadi menyentuh tentang lambakan padi, kalaulah ini yang dijadikan alasannya, saya tidak faham kenapa mekanisme kita yang sedia ada khasnya BERNAS misalnya tidak dapat memainkan fungsi ataupun peranannya untuk mencegah lambakan padi yang dimaksudkan. Sekian.
Datuk Seri Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat. Memang di dalam perancangan kementerian untuk kita mungkin pinda balik peraturan ini kerana peraturan ini peraturan yang lama. Namun demikian, selagi peraturan ini ada kita kena patuhi kerana itu tadi saya nyatakan walaupun ada peraturan tetapi bagi pihak kementerian memang tidak ada apaapa halangan sekiranya mana-mana pihak yang ingin memohon untuk membawa padi mereka keluar dari satu-satu negeri. Oleh sebab itu dalam tempoh tiga bulan ini sahaja, dalam tempoh setengah tahun sehingga Jun, kita telah keluarkan sebanyak 7,325 permit. Ertinya minta sahaja automatik kita akan beri. Seperti di Chui Chak, padi daripada Chui Chak Yang Berhormat bangkitkan sebanyak 32.9% padi di Chui Chak itu kita telah benarkan pun dijual di luar daripada negeri Perak.
Kedua, lambakan ini boleh berlaku jika harga yang ditawarkan oleh pihak swasta dan pihak BERNAS ini tidak seimbang. Kerana itu seperti mana yang saya nyatakan bahawa kerajaan hanya menetapkan dasar harga minimum padi, harga maksimum padi kita open, terbuka. Jadi kalau kita tidak kawal sebelum ini, maka kesannya padi-padi seperti di Sekinchan Yang Berhormat bangkitkan. Kalau kita tidak kawal, kesannya nanti kalau harga padi dibawa ke Kedah dengan harga yang mahal, maka kilang-kilang tempatan di dalam kawasan Sekinchan tempat keluar padi itu pun akhirnya hendak dapat beras pun susah kerana daripada itu dibawa keluar. Kalau kita tidak kawal pun, kita bimbang nanti bahawa lambakan akan berlaku jika berlaku saingan antara pihak swasta. Yang BERNAS ini, selalunya orang yang jual BERNAS ini apabila kilang-kilang swasta sudah tidak mampu hendak beli.
Jadi kilang swasta ini Yang Berhormat, dia beli apabila dia tidak ada beras. Macam tahun lepas, apabila banyak kilang simpan beras di dalam andaian mereka kerajaan akan melaksanakan SUBUR, mereka simpan beras. Apabila mereka sudah cukup beras, mereka tidak mahu beli. Akhirnya BERNAS terpaksa beli, bila BERNAS terpaksa beli, dia beli dengan harga yang lebih rendah daripada pihak swasta. Jadi sebab itu dilihat BERNAS ini sebagai satu agensi yang terpaksa menjalan sesuatu obligasi untuk membeli beras dengan harga yang mungkin lebih rendah sikit daripada swasta tetapi lebih daripada harga minimum yang ditetapkan.
Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Soalan tambahan, bolehkah Yang Berhormat terangkan stockpile, berapa banyak stockpile bagi beras dan padi di dalam dan luar negara dan berapakah jumlah permit import yang dibenarkan bagi seluruh Malaysia untuk import beras dan padi dari luar negara, terima kasih.
Datuk Seri Noh bin Haji Omar: Jumlah stockpile kita telah pun kita tingkatkan kepada 293,000 metrik tan yang mana ini stockpile di bawah kerajaan. BERNAS pula mereka ada stockpile mereka sendiri, lebih kurang 150,000 metrik tan. Kalau kita combine kan antara BERNAS dengan stockpile kerajaan ini walaupun stockpile kerajaan masih belum kita isi, masih ada 50,000 metrik tan, masih lagi belum kita tambah. Kita kalau apa-apa juga berlaku, kita masih mampu bertahan dalam tempoh tiga bulan kalau tidak silap untuk kita bekalkan beras ini.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, baru-baru ini di peringkat negara-negara ASEAN pun telah bersetuju untuk tubuhkan satu stockpile di mana jika berlaku bencana alam di negaranegara ASEAN, negara-negara ASEAN ini telah bersetuju untuk memberikan sumbangan kepada stockpile membantu negara-negara ASEAN yang mengalami bencana.
Yang kedua mengenai AP, buat setakat hari ini pihak yang boleh mengimport beras ialah BERNAS sahaja. Ini adalah satu perjanjian ataupun konsesi yang telah dipersetujui di antara pihak BERNAS dengan pihak kerajaan apabila BERNAS diberikan tanggungjawab untuk menguruskan soal-soal beras dan dalam erti kata lain hanya BERNAS sahaja yang boleh mengimport beras ke dalam negara kita, terima kasih.

Original Posting : http://ongteekeat.net
No comments:
Post a Comment