KUASA-KUASA MENGURNIAKAN PENGANUGERAHAN
Di dalam undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, bahagian kedua bab X(a) Tercatit kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan mempunyai milik pancuran kemuliaan(FOUNTAIN OF HONOURS) budibicara (prerogatives) yang mutlak.
Bab XXV Undang-undang tubuh kerajaan Perak Darul Ridzuan bahagian kedua seterusnya menerangkan:
"Maka Raja Pemerintah itu ialah pancuran semua kemuliaan-kemulian dan darjat-darjat dalam negeri ini dan Bagindalah seorang sahaja yang boleh mengurniakan gelaran-gelaran dan darjat-darjat dan mengadakan pangkat-pangkat dan pingat-pingat kemuliaan dan darjat, samada gelaran-gelaran,darjat-darjat,pangkat-pangkat atau pingat-pingat itu telah sedia ada atau tidak terlebih dahulu di kurniakan atau diadakan.
Tetapi hendaklah di isyaratkan sebelum mana-mana gelaran, darjat,pangkat atau pingat baharu dilembagakan atau apa-apa lantikan kepada gelaran atau darjat yang sedemikian itu diperbuat, patutlah diminta nasihat Dewan Negara itu dan jikalau sekiranya perlembagaan bagi mana-mana gelaran, darjat, pangkat atau pingat mengenai perbelanjaan daripada hasil negeri, maka hendaklah perbelanjaan yang sedemikian itu di persetujui oleh Dewan Perhimpunan Undangan.
Di dalam undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, bahagian kedua bab X(a) Tercatit kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan mempunyai milik pancuran kemuliaan(FOUNTAIN OF HONOURS) budibicara (prerogatives) yang mutlak.
Bab XXV Undang-undang tubuh kerajaan Perak Darul Ridzuan bahagian kedua seterusnya menerangkan:
"Maka Raja Pemerintah itu ialah pancuran semua kemuliaan-kemulian dan darjat-darjat dalam negeri ini dan Bagindalah seorang sahaja yang boleh mengurniakan gelaran-gelaran dan darjat-darjat dan mengadakan pangkat-pangkat dan pingat-pingat kemuliaan dan darjat, samada gelaran-gelaran,darjat-darjat,pangkat-pangkat atau pingat-pingat itu telah sedia ada atau tidak terlebih dahulu di kurniakan atau diadakan.
Tetapi hendaklah di isyaratkan sebelum mana-mana gelaran, darjat,pangkat atau pingat baharu dilembagakan atau apa-apa lantikan kepada gelaran atau darjat yang sedemikian itu diperbuat, patutlah diminta nasihat Dewan Negara itu dan jikalau sekiranya perlembagaan bagi mana-mana gelaran, darjat, pangkat atau pingat mengenai perbelanjaan daripada hasil negeri, maka hendaklah perbelanjaan yang sedemikian itu di persetujui oleh Dewan Perhimpunan Undangan.
The
Most Esteemed Royal Family Order (Darjah Kerabat di-Raja Yang
Amat di-Hormati):founded by SULTAN Sir YUSUF IZZ UD-DIN RATHIU'LLAH SHAH GHAFARU'LLAHULAHU (1948–1963)
on 12th December 1957. Awarded in one class only (DK), conferred on members of
the Perak and foreign Royal houses.
The
Most Esteemed Perak Family Order of Sultan Azlan Shah (Darjah Kerabat Sri Paduka Sultan Azlan Shah Perak
Yang Amat di-Hormati): founded by SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH
IBNI ALMARHUM
SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH (1984-present) in 2000. Conferred on members of the Perak and foreign Royal Houses and for distinguished services to the Sultan. Awarded in a superior class (Darjah Kerabat Sultan Azlan-DKSA - restricted to Royalty), and an ordinary class (Datuk Sri Paduka Sultan Azlan-SPSA)
SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH (1984-present) in 2000. Conferred on members of the Perak and foreign Royal Houses and for distinguished services to the Sultan. Awarded in a superior class (Darjah Kerabat Sultan Azlan-DKSA - restricted to Royalty), and an ordinary class (Datuk Sri Paduka Sultan Azlan-SPSA)
The
Most Illustrious Order of the Perak Sword of State "Cura Si Manja
Kini" (Darjah Kebesaran Negeri
Perak Yang Amat Mulia Cura Si Manja Kini): founded by SULTAN IDRIS II AL-MUTAWAKIL ALLAHAHI SHAH AFIFU’LLAH
(1963-1984) on 15th September 1969. Awarded in three classes (1.
Grand Knight or Datuk Sri -SPCM, 2. Knight or Datuk -DPCM, and 3. Commander or
Paduka-PCM). A fourth class (4. Member or Ahli-ACM) was instituted on 19th
April 1989.
The
Most Valliant Order of the Perak State Kris "Taming Sari" (Darjah Kebesaran Taming Sari Negeri Perak
Yang Amat Perkasa): founded by SULTAN IDRIS II AL-MUTAWAKIL ALLAHAHI SHAH AFIFU’LLAH (1963-1984)
in 1977. Awarded to military and police personnel in six classes (1. Datuk Sri
Panglima-SPTS, 2. Datuk Pahlawan-DPTS, 3. Pirwira (Paduka)-PTS, 4.
Hulubalang-HTS, 5. Kshatriya-KTS, and 6. Perajurit (Ahli)-ATS
The
Most Illustrious Order of the Perak State Crown (Darjah Kebesaran Mahkota Negeri Perak Yang Amat Mulia): founded by
SULTAN Sir YUSUF IZZ UD-DIN RATHIU'LLAH
SHAH GHAFARU'LLAHULAHU (1948–1963) on 12th December 1957. Awarded in four classes
(1. Knight Grand Commander or Datuk Sri Paduka-SPMP, 2. Knight Commander or
Datuk Paduka-DPMP, 3. Commander or Paduka-PMP, and 4. Member or Ahli-AMP).
The
Conspicuous Gallantry Medal (Pingat
Keberanian Handal): instituted by SULTAN Sir YUSUF IZZ UD-DIN RATHIU'LLAH SHAH GHAFARU'LLAHULAHU (1948–1963)
on 15th January 1951 as a reward for conspicuous gallantry and heroism. Awarded
in a single class, originally a silver medal similar to the design of the PPT
but now a four-pointed enamelled star (PKH). Bars may be awarded to signify
subsequent acts of gallantry.
The Distinguished Conduct Medal (Pingat Pekerti Terpilih): instituted
by SULTAN Sir YUSUF IZZ UD-DIN RATHIU'LLAH
SHAH GHAFARU'LLAHULAHU (1948–1963) on 15th January 1951 to
reward conspicuous bravery. Awarded in a single class, bronze medal (PPT). Bars
may be awarded to signify subsequent acts of bravery.
The
Meritorious Service Medal (Pingat Jasa
Kebaktian): instituted by SULTAN Sir YUSUF IZZ UD-DIN RATHIU'LLAH SHAH GHAFARU'LLAHULAHU (1948–1963)
on 15th January 1951 to reward meritorious public service in state employ.
Awarded in a single class, bronze medal (PJK).
The
Long Service Medal (Pingat Lama
Perkhidmatan): instituted by SULTAN IDRIS II AL-MUTAWAKIL ALLAHAHI SHAH AFIFU’LLAH (1963-1984)
on 15th September 1969 to reward long service in state employ of at least
twenty-five years continuous duration. Awarded in a single class, bronze medal
(PLP).
Darjah
Kebesaran Negeri Perak, setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Sultan akan dikurniakan kepada rakyat Malaysia yang berjasa kepada Negeri
Perak khasnya dan Negara Malaysia amnya dengan Darjah-darjah Kebesaran Negeri
Perak. Tujuan kurniaan ini adalah seperti berikut:
- Untuk menghargai perkhidmatan cemerlang mereka, sama ada pegawai-pegawai kerajaan atau orang-orang awam.
- Untuk menghargai perkhidmatan gagah berani oleh ahli-ahli pasukan bersenjata atau orang-orang awam.
- Untuk mengurniakan Pingat-pingat bagi khidmat berbakti dan khidmat perkasa untuk ahli-ahli pasukan bersenjata, polis dan pasukan-pasukan sukarela.
DARJAH-DARJAH
KEBESARAN DAN PINGAT-PINGAT
Darjah-darjah
Kebesaran yang akan dikurniakan kepada orang-orang yang tersebut di atas kerana
perkhidmatan cemerlang kepada Negeri Perak khasnya, dan Malaysia amnya, adalah
seperti berikut:-
DARJAH
KERABAT YANG AMAT DIHORMATI ( D.K. )
Kurniaan
dikhas kepada Raja Pemerintah, Raja Permaisuri dan Bakal Sultan Negeri Perak.
DARJAH
KERABAT SERI PADUKA SULAN AZLAN SHAH PERAK YANG DIHORMATI ( D.K.S.A. )
Kurniaan
dikhas kepada ahli-ahli keluarga Diraja.
DARJAH
KEBESARAN SERI PADUKA SULTAN AZLAN SHAH PERAK YANG AMAT DIMULIA (S.P.S.A.)
Darjah
kebesaran yang bergelar "Dato' Seri DiRaja" dikurniakan sebagai suatu
penghormatan yang amat istimewa, mempunyai kedudukan yang amat berpengaruh dan
bertanggungjawab.
DARJAH
YANG AMAT MULIA PADUKA CURA SI MANJA KINI:
Ini
ialah Darjah Kebesaran yang utama bagi kebaktian dan bertujuan bagi menghargai
perkhidmatan-perkhidmatan cemerlang kepada Negeri Perak khasnya dan Malaysia
amnya. Darjah ini mempunyai empat peringkat. Nama tiap-tiap peringkat dan
jumlah had ramainya ahli-ahli bagi satu-satu peringkat adalah seperti berikut:-
DARJAH
SERI PADUKA CURA SI MANJA KINI ( S.P.C.M. )
Darjah
kebesaran yang bergelar "Dato' Seri" Peringkat Pertama dikurniakan
sebagai suatu kehormatan yang istimewa menandakan rekod kejayaan besar yang
telah dicapai dan kepada mereka yang telah menyumbangkan perkhidmatan yang
cemerlang kepada negeri ini. Penganugerahan Peringkat Pertama ini adalah terhad
kepada 30 penerima sahaja.
Kolar
bagi Pangkat Pertama Darjah ini ialah Lambang Negeri yang bersambung dengan Lambang
Senjata di-Raja Bintangnya mempunyai lapan penjuru yang disalut perak dengan
bayangan, bergaris pada pusat 8.9 sentimeter, di tengah-tengahnya timbul dengan
lambang senjata di Raja dan cogankata Darjah "KEPADA ALLAH BERSERAH".
Selepang yang dipakai bersama dengan Darjah ini ialah berwarna putih, hijau tua
dan kuning dengan jejalur yang seimbang dengan kelebarannya dan berbeza
mengikut Pangkat Darjah ini.
DARJAH
DATO' PADUKA CURA SI MANJA KINI ( D.P.C.M. )
Peringkat
Kedua Darjah Kebesaran Cura Si Manja Kini dikurniakan kepada pegawai-pegawai
kerajaan dalam kumpulan pengurusan dan profesional dan telah mencapai
sekurang-kurangnya Gred 54.
Darjah
Pangkat Kedua ini tiada mempunyai kolar tetapi bintang adalah sama dengan
Pangkat Pertama kecuali garisan pusatnya ialah 7.6 sentimeter. Lencana Darjah
ini juga sama dengan Bintang Darjah kecuali saiznya adalah terlebih kecil dari
lencana pangkat yang lebih tinggi. Penganugerahan peringkat kedua ini adalah
terhad kepada 70 orang sahaja dan penerimanya menikmati dengan panggilan Dato'.
DARJAH
PADUKA CURA SI MANJA KINI ( P.C.M. )
Dikurniakan
kepada pegawai-pegawai kerajaan dalam kumpulan pengurusan dan profesional yang
menyandang pangkat tidak rendah dari Gred 2 atau setaraf dengannya; dan kepada
anggota-anggota pasukan tentera dan polis yang berpangkat Kolonel (Tentera Darat),
Kapten (tentera Laut, Kolonel Udara (Tentera Udara), Penolong Pesuruhjaya
(Pasukan Polis) dan ke atas.
Kurniaan
Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M.) diberi kepada mereka yang
berkelayakan lebih mutunya daripada Darjah Paduka Mahkota Perak. Penerima
penganugerahan ketiga ini terhad kepada 100 orang sahaja.
DARJAH
AHLI CURA SI MANJA KINI ( A.C.M. )
Peringkat
Ke-4 Darjah Kebesaran Cura Si Manja Kini dan dikurniakan kepada mereka yang
telah memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada negeri dan kepada
pegawai-pegawai kerajaan sekurang-kurangnya dalam kumpulan pengurusan dan
profesional Gred 41.
Dikurniakan
kepada anggota-anggota pasukan tentera dan polis yang berpangkat Leftenan
Kolonel (Tentera Darat), Komander (tentera Laut), Leftenan Kolonel Udara
(tentera Udara), Penguasa (Pasukan Polis) dan ke atas.
Darjah
Paduka Cura Si Manja Kini adalah terkanan daripada Darjah bagi kelas yang sama
daripada Darjah Paduka Mahkota Perak dan walaupun kelayakan bagi Darjah Cura Si
Manja Kini sama dengan kelayakan Paduka Mahkota Perak, kurniaan kepada Darjah
Paduka Curi Si Manja Kini hendaklah berdasarkan pada kelayakan yang lebih
bermutu daripada kelayakan Darjah Paduka Mahkota Perak.
DARJAH
YANG AMAT PERKASA TAMING SARI
Darjah
Yang Amat Perkasa Taming Sari diwujudkan dalam enam tingkatan pangkat dan
bertujuan untuk dikhaskan kepada anggota-anggota Pasukan Bersenjata dan Polis
yang berkhidmat mempertahankan keselamatan negara. Dengan adanya Darjah
Kebesaran ini, maka semua anggota Pasukan Bersenjata dan Polis tidak lagi
didtimbangkan bagi kurniaan Darjah-darjah Kebesaran yang sedia ada iaitu Cura
Si Manja Kini dan Darjah Mahkota Perak.
Darjah
Kebesaran Taming Sari Negeri Perak Yang Amat Perkasa dibahagikan kepada enam
peringkat Darjah:-
DARJAH
DATO' SERI PANGLIMA TAMING SARI ( S.P.T.S. )
Dikurniakan
kepada anggota-anggota pasukan tentera yang berpangkat Leftenan Jeneral ke atas
dan kepada anggota-anggota pasukan polis yang berpangkat Timbalan Ketua Polis
Negara ke atas. Terhad kepada 10 penerima sahaja dengan panggilan Dato' Seri
Panglima.
DARJAH
DATO' PAHLAWAN TAMING SARI ( D.P.T.S. )
Penerima
darjah ini terhad kepada 30 sahaja dan menikmati dengan panggilan Dato'
Pahlawan. Dikurniakan kepada anggota-anggota pasukan tentera yang berpangkat
Brigedier Jeneral hingga Mejar Jeneral dan kepada anggota-anggota pasukan polis
yang berpangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya hingga Timbalan Pesuruhjaya.
PERWIRA
TAMING SARI ( P.T.S. )
Terhad
kepada 75 penerima dan dikurniakan kepada Pegawai Tentera berpangkat Mejar
hingga Kolonel dan Pasukan Polis yang berpangkat Timbalan Penguasa Polis hingga
Penolong Pesuruhjaya Polis.
HULUBALANG
TAMING SARI ( H.T.S. )
Terhad
kepada 100 penerima dan dikurniakan kepada Pegawai Tentera berpangkat Leftenan
Muda hingga Kapten dan Pasukan Polis yang berpangkat Inspektor hingga Penolong
Penguasa Polis.
KESATRIA
TAMING SARI ( K.T.S. )
Bilangan
penerima tidak terhad dan dikurniakan kepada Pegawai Tentera yang berpangkat
Sarjan hingga Pegawai Waran dan Pasukan Polis dari Sarjan hingga Sub-Inspektor.
PERAJURIT
TAMING SARI ( A.T.S )
Bilangan
penerima tidak terhad dan dikurniakan kepada yang berpangkat Prebet hingga
Kopral di dalam kedua-dua Tentera dan Polis.
KOLAR
Darjah ini ialah sumbangan Keris Darjah, Daun Lambang Darjah dan Bintang
Kebesaran di-Raja. Bintang Pangkat Pertama dan Pangkat Kedua Darjah ini adalah
sama dari segi rupa kecuali saiznya sahaja yang berbeza. Bintangnya ialah
bintang lapan penjuru disalut perak dengan bayangan, bergaris 8.9 sm (7.6 sm
bagi Bintang Pangkat Kedua Darjah) dengan dikelilingi garisan merah yang mana
di tengahnya berwarna putih, timbul dengan Keris Taming Sari dan sarungnya.
Lambangnya bertulis dalam tulisan jawi 'KEPADA ALLAH DAN NEGARA". Pada
sebelah atas hulu yang timbul ialah Pedang Cura Si Manja Kini disalut dengan
Bintang Kebesaran di-Raja.
Lencana
Darjah ini ialah ukiran sejambak daun dibuat daripada perak, di
tengah-tengahnya ialah merah di mana diselitkan Keris Taming Sari dan
sarungnya. Di bahagian atasnya ialah ukiran reben putih yang dibuat daripada
perak dan diukir cogankata Darjah. Lencana ini digantung di leher dengan KOLAR
Darjah lebarnya 5 sm.
SELEPANG
yang dipakai berwarna putih, kuning, merah dan hijau. Kelebaran bagi Selepang
Pangkat Pertama ialah 9.5 sm dan 8.9 sm bagi Pangkat Kedua, dengan jejalur
warna yang seimbang.
DARJAH
YANG AMAT MULIA PADUKA MAHKOTA PERAK
Darjah
ini mempunyai empat peringkat:-
DARJAH
SERI PADUKA MAHKOTA PERAK ( S.P.M.P. )
Dikurniakan
kepada anggota-anggota pasukan tentera yang berpangkat Leftenan Jeneral ke atas
dan kepada anggota-anggota pasukan polis yang berpangkat Timbalan Ketua Polis
Negara ke atas. Terhad kepada 10 penerima sahaja dengan panggilan Dato' Seri
Panglima.
DARJAH
DATO' PADUKA MAHKOTA PERAK ( D.P.M.P. )
Peringkat
Kedua Darjah Kebesaran Mahkota Perak. Syarat-syarat penerimaannya sama dengan
kelayakan D.P.C.M. Penerima darjah ini terhad kepada 100 ahli, adalah
dimaksudkan bagi mereka yang mempunyai kedudukan tinggi yang terkenal kepada
perkhidmatan cemerlangnya kepada Negeri ini dalam apa-apa jua lapangan
kehidupan. Untuk melayakkan mendapat kurniaan ini maka lazimnya mereka mestilah
mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang-bidang kegiatan tertentu dengan
menggunakannya bagi kebaikan Negeri. Untuk melayakkan mendapat pertimbangan
maka kakitangan-kakitangan awam lazimnya mestilah di dalam Bahagian I dalam
Perkhidmatan Awam dan telah mencapai sekurang-kurangnya pangkat Tingkatan
Tertinggi 'F'.
DARJAH
PADUKA MAHKOTA PERAK ( P.M.P. )
Darjah
ini terhad kepada 175 ahli, adalah dimaksudkan sebagai kurniaan kepada mereka
yang telah banyak memberikan jasa kepada Negeri ini, yang mana walaupun tidak
sebegitu tinggi mutunya, sebagai dikehendaki bagi Peringkat Kedua, tetapi boleh
dianggap sebagai luar biasa, dengan erti kata telah menjalankan tugas yang amat
sukar dengan jayanya ataupun pekerjaan yang berat telah dilakukan semenjak
beberapa lama dengan cemerlangnya. Berkenaan dengan kakitangan kerajaan, maka
kurniaan-kurniaan itu boleh diberikan kepada pegawai Bahagian I yang menyandang
pangkat tidak kurang dari Tingkatan Tertinggi 'G'.
DARJAH
AHLI MAHKOTA PERAK ( A.M.P. )
Peringkat
Ke-4 Darjah Kebesaran Mahkota Perak dikurniakan kepada pegawai-pegawai kerajaan
sekurang-kurangnya dalam kumpulan pengurusan dan profesional Gred 41 yang
berkebolehan istimewa dan kepada mereka yang telah memberi perkhidmatan yang
cemerlang kepada negeri.
Dikurniakan
kepada anggota-anggota pasukan tentera dan polis yang berpangkat Kapten dan
Mejar (Tentera Darat), Leftenan dan Leftenan Komander (Tentera Laut), Kapten
Udara dan Mejar Udara Udara (Tentera Udara), Penolong Penguasa dan Timbalan
Penguasa (Pasukan Polis). Darjah ini terhad kepada 450 penerima sahaja.
Bagi
Darjah Kebesaran Negeri Perak Yang Amat Mulia Mahkota Perak, KOLAR Darjah ini
adalah sama dengan KOLAR Darjah Kebesaran Negeri Perak Yang Amat Mulia Cura Si
Manja Kini kecuali tulisan jawinya ialah dengan huruf "YUSOF"
sementara, BINTANGnya hanya bergaris pusat 7.6 sm dan cogankatanya ialah
"TAUFIK KEPADA ALLAH".
SELEPANG
yang dipakai bersama dengan Darjah ini pula berwarna putih, kuning dan hitam
dengan jejalur yang seimbang dengan kelebarannya dan berbeza mengikut Pangkat
Darjah.
PINGAT
KEBERANIAN HANDAL / PEKERTI TERPILIH / JASA KEBAKTIAN /LAMA PERKHIDMATAN (
P.K.H., P.P.P., P.J.K., P.L.P. )
Peraturan-peraturan
berkenaan dengan kurniaan Pingat-pingat ini adalah seperti berikut:-
PINGAT
KEBERANIAN HANDAL ( P.K.H )
Tidak
terhad. Pingat ini boleh dikurniakan kepada barang siapa jua yang telah
melakukan, dalam Negeri Perak, sesuatu keberanian yang tersangat handal dan
keberanian itu dilakukan dalam keadaan yang mendatangkan bahaya yang besar
kepada dirinya.
PINGAT
PEKERTI TERPILIH ( P.P.T. )
Tidak
terhad. Pingat ini boleh dikurniakan kepada barang siapa jua yang telah
melakukan, dalam Negeri Perak, satu perbuatan atau perbuatan-perbuatan yang
bersifat cemerlang dan berani.
PINGAT
JASA KEBAKTIAN ( P.J.K. )
Tidak
terhad. Pingat ini boleh dikurniakan kepada barang siapa jua yang telah berbuat
jasa yang cemerlang kepada Negeri selain daripada keberanian handal iaitu
perkhidmatan yang berupa daya utama dan setia dalam menjalankan kewajipan, termasuk
perkhidmatan yang lama dengan menunjukkan kebolehan yang luar biasa, jasa
kebaktian dan kelakuan yang memberi contoh teladan.
PINGAT
LAMA PERKHIDMATAN ( P.L.P. )
Tidak
terhad. Pingat ini boleh dikurniakan kepada barang siapa jua yang telah memberi
perkhidmatan yang cemerlang dengan lama dan taat setia kepada Negeri Perak
tidak kurang daripada 25 tahun. Perkhidmatan itu telah dibuktikan dengan daya
usaha dan kesetiaan dalam menjalankan tanggunggjawabnya yang menunjukkan
kebolehan yang luar biasa dan boleh menjadi teladan.
PENGURNIAAN
KEPADA BUKAN WARGANEGARA
Darjah-darjah
Kebesaran yang dikurniakan kepada bukan Warganegara Malaysia akan dikurniakan
dengan secara kehormat sahaja.